Search This Blog

Sunday 12 June 2011

belia dan sukan dungun


BELIA DAN SUKAN DUNGUN
Visi
Peneraju Dalam Mengupayakan Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Terbilang Dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang Tahun 2015.
Misi
Membina Bangsa Malaysia Yang Patriotik Dan Bersatupadu Melalui Program Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Strategik.
Objektif
Objektif Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) ialah :
“ Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara. ”


Sejarah Latar Belakang

SEJARAH AWAL KEMENTERIAN

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

Carta Organisasi

PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 2011
1.
Mengemukakan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri kepada urus setia Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh yang telah ditetapkan.
2.
Menyampaikan keputusan peperiksaan yang dianjurkan oleh IKBN kepada pelatih IKBN dalam tempoh 1 bulan dari tarikh penerimaan keputusan yang diberikan oleh IKBN.
3.
Meluluskan permohonan pendaftaran pertubuhan belia dalam tempoh 30 hari dengan syarat ianya mematuhi kehendak Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
4.
Memberi maklumbalas terhadap aduan/pertanyaan pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.


GAMBAR AKTIVITI DALAM BELIA DAN SUKAN


ImageImage  

 

Image
Image





ImageImage  




  









program yang dianjurkan oleh belia dan sukan.





  fiesta kecergasan belia dan sukan.



 hari raya belia dan sukan.

 latihan kebakaran belia dan sukan.
 latihan futsal belia dan sukan.


Piagam Pelanggan
Bagi mencapai matlamat ini, kami berjanji :-
  • Memastikan semua urusan kewangan dilaksanakan dalam tempoh masa yang minimum dengan mematuhi prosedur dan peraturan.
    • Pengeluaran pesanan kerajaan - 3 hari
    • Pengeluaran waran peruntukan kerajaan - 3 hari
    • Proses bayaran baucer - 5 hari
    • Proses permohonan pindah peruntukan - 14 hari
    • Penyediaan waran udara - 2 hari
    • Proses bayaran baucer bantuan - 14 hari
  • Menyediakan status pelaksanaan program bahagian-bahagian pada setiap 28 hb setiap bulan.
  • Menyediakan program-program latihan untuk meningkatkan kerjaya pegawai-pegawai dengan kerjasama pihak INTAN, perunding, IPTA dan lain-lain dari masa ke semasa sama ada di dalam atau di luar negeri.
  • Memberi khidmat nasihat kepada bahagian-bahagian dalam melaksanakan program-program jabatan.

Strategi
Strategi JBSN bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut iaitu;
  • Mengukuhkan program-program pembangunan kepimpinan, keusahawanan, kemahiran, kesukarelaan dan pengurusan kepada kumpulan sasar.
  • Menyediakan kemudahan dan sokongan kepada pertubauhan belia dan sukan
  • Mengukuhkan program-program kesukarelaan dan patrotisme di kalangan kumpulan sasar
  • Memaksumumkan program-program kesukarelaan dan patritisme di kalangan kumpulan sasar.
  • Memaklsimumkan penggunaan infrastruktur dan kemudahan sukan
  • Menyediakan promosi dan pemasaran yang berkesan untuk menarik minat kumpulan sasar
  • Memantau dan menilai keberkesanan program.